Pages

Sunday, August 17, 2008

Internet Newspaper Cuttings.

Oh, before that...
PLEASE VOTE FOR YOUR PREFERED SUGGESTION ON MY POLL AT THE RIGHT COLUMN.


I need some answers, I mean, suggestions.
PLEASE VOTE.



* * * * * *

DEBAT KEMERDEKAAN

Pada 14 Ogos 2008, YPC dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Johor bahru dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuala Lumpur akan mengadakan Debat Kemerdekaan bertempat di Auditorium Perdana, RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Sebanyak empat buah sekolah pilihan iaitu dua daripada Kuala Lumpur dan dua daripada Johor Bahru akan mengambil bahagian dalam Debat Kemerdekaan bertujuan untuk menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar, menggalak pelajar dan guru berfikiran kreatif dan kritis, memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum serta membina keyakinan dan ketrampilan guru dan pelajar untuk berhujah di khalayak ramai.

Menteri Penerangan akan menyampaikan hadiah kepada pemenang Debat Kemerdekaan Bahasa Malaysia manakala Menteri Pelajaran akan menyampaikan hadiah kepada pemenang Debat Kemerdekaan Bahasa Inggeris.

- Portal Pendidikan Utusan, Isu Semasa



Sek Men Sultan Ismail, JB Juara Debat Kemerdekaan 2008

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Baharu muncul juara program Debat Kemerdekaan 2008 bagi kategori Debat Bahasa Malaysia yang berlangsung di Angkasapuri hari Khamis.

Dengan kemenangan itu, peserta membawa pulang sebuah piala pusingan, wang tunai RM500 setiap seorang dan piala iringan.

Tuah juga menyebelahi sekolah berkenaan apabila pemidato terbaik turut terpilih dari sekolah yang sama, Muhammad Shafiq Naqi Saharudin, membawa pulang sebuah piala iringan dan wang insentif sebanyak RM300.

Hadiah disampaikan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Naib johan pula dimenangi Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur yang menerima piala iringan dan wang tunai RM250 setiap seorang.

Debat kemerdekaan ini diadakan untuk menggalakkan pelajar dan guru berfikiran kreatif dan kritis, meningkatkan kemahiran berhujah di khalayak ramai, memupuk perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum dan menghayati kemerdekaan negara.

Tema debat itu ialah "Golongan Remaja Masih Belum Menghayati Erti Kemerdekaan".

--BERNAMA


* * * * * *

Heh.
What you think?

I'm too tired to tell you what happened tonight.
I just got back from KL and Kluang...

Will tell you all about it, soon.
Goodnight.

No comments:

♥ COUNTING THE DAYS

you complete me :)